"Anda cipta kata-kata hebat, supaya anda boleh berbangga dengannya"... Saya lupa ini kata siapa, tapi sudah cukup untuk direnungi bersama~




Saturday, December 4, 2010

Pernahkah Kita Sehabis Daya Membantu?

Entri ini aku temui di ruangan nota seorang rakan. 'Rakan alam maya'. Ia mengisahkan kisah di antara peminta sedekah dengan orang gila.

Ketika seorang peminta sedekah duduk di tepi jalan, semua orang melintas sahaja. Berat untuk memberi kerana pelbagai prasangka dan kerana merasakan diri masing-masing pun susah juga.

Kemudian, datang seorang gila, diterajangnya si pengemis tua. Sampai terpelanting. Akhirnya orang ramai menangkap dan membelasah si gila itu. Si gila dengan tenaga yang ada, dapat meloloskan diri. Selepas itu, orang ramai memberi perhatian kepada si pengemis. Sekejap masa, tin kosong si pengemis tadi penuh dengan wang kertas pelbagai warna...

Itulah pertolongan dari si gila yang merelakan dirinya dipukul dan dipandang hina oleh orang ramai kerana kasihnya kepada pengemis.

Mengingatkan kisah ini, saya berfikir banyak perkara. Salah satunya, ketika orang lain susah, kita selalu berkata hanya mampu berdoa. Jarang kita berusaha sehabis daya membantu. Malu saya dengan si gila dalam kisah ini.

No comments:

Post a Comment