"Anda cipta kata-kata hebat, supaya anda boleh berbangga dengannya"... Saya lupa ini kata siapa, tapi sudah cukup untuk direnungi bersama~




Wednesday, June 20, 2012

Muhasabah

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat. Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama. Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih ku ulangi. Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya. Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya. Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia. Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal. Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka. Aku kata aku ingin mendekatiMu, Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku. Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini, Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia. Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata, Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal. Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau, Kerana aku insan yang dinodai dosa.. Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa. ~Ya Allah Tuhan kami, kami minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang kami telah bertaubat, tapi setelah itu kami lakukan semula. Kami minta ampun daripada semua yang telah kami janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak kami laksanakan.~

Monday, December 5, 2011

Surat Kepada Tuhan

~Perkongsian daripada Akuislam.com~

Tuhan..
Malam ini kembali aku mengetuk pintu Mu
Lewat rasanya doa dan pujian yang terlantun
Dalam isak tangis yang menghiba

Ku bersimpuh di ribaan Mu
Pada setiap waktu ku yang tersisa
Berusaha untuk tetap tegak dan teguh
Menghadang setiap badai dalam hidup
Menepis gemuruh ragu dalam kalbu
.
Allah..
Engkaulah kekuatan dalam setiap jengkal nadi ku
Mencengkam erat di setiap hembusan nafasku
Membuncah rasa rindu ku pada Mu
Menggema di dalam relung kalbu

Aku takut ya Rabb…
Tidak dapat memenuhi setiap janji yang terucap
Tidak dapat menahan kenikmatan dunia yang mempesona
Bahkan tak mampu kendalikan nafsu yang membelenggu

Ya, nafsu ini begitu kuat menggoda
Berusaha luruhkan rasa Cinta ku pada Mu
Memesongkan nikmat yang telah Engkau beri
Menafikan Engkau seakan Kau tiada

Bantulah aku ya Rabbi..
Tepiskan segala resah yang menyelimuti hati
Hilangkan semua gelisah yang memeluk jiwa
Buang setiap keraguan yang mendakap kalbu
Hulurkan tangan Mu di sepanjang jalan ku
Berikan Cahaya Mu menerangi langkah ku
Jangan biarkan aku rebah lagi dalam lumpur dosa

Pimpinlah aku ya Allah..
Pegang erat jiwa ku yang selalu ingin mengembara
Berkelana mencari cinta hakiki Mu
Mengeja ayat demi ayat di dalam Kitab Suci Mu
Agar kau tak berpaling dari ku

Tuhan..
Tutup semua pintu dosa ku
Jangan biarkan lautan dosa menenggelamkan aku
Dalam buih-buih kenistaan yang menggunung
Izinkan aku menjejak kaki langit
Mencari dan menemukan cinta sejatiku
Kerana aku tahu ya Rabbi…
Hanya cinta Mu yang paling hakiki.~

Friday, November 25, 2011

Bunga-Bunga Zina


Enam "bunga-bunga zina" ini semestinya kita elakkan sama-sekali sebelum anda terjebak dalam zina.

1) MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

2) SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

4) HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." - [Al-Israa':32]

~ Mutiara Kata ~



Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga ALLAH , tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya.. Kerana Allah begitu mencintainya..Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang yang lebih banyak menyakiti kita''

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk di jaganya..

Hargailah kesempatan yang diberi oleh Allah..

''Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan kita ketika kita rasa berdosa melakukannya''

Hijrahku kerana ALLAH

"Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yang cerah, janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi. Yang menghitungku, bukan kamu, bukan juga aku. Tetapi ALLAH..

Moga amalanku sebagai MUJAHIDAH yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para MUNAFIQ dan RIAK..

Akulah HAMBA, yang faqir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb.. Kurniakan aku jiwa yang ampuh IMANnya. REDHA-Mu adalah IMPIANku."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

p/s:
✿ܓ..Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang Muslimah/Muslim yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..
Berusaha MENDIDIK diri menjadi Muslimah/Muslim yang baik PERLU diteruskan TANPA mengenal erti penat apatah lagi jemu..
Tinggalkan masa lalu yang perit itu.. Jadikan ia satu PENGAJARAN dan bukannya satu PENYESALAN yang berpanjangan.. InsyaAllah..
Allah Sentiasa Bersama Hamba-NYA Yang Ingin Membuat Kebaikan..✿ܓ

Saturday, June 4, 2011

Jatuh Cinta Satu Kesilapan?

"Jatuh cinta satu kesilapan??
Limaza??...
Bukankah ia hadir dari rahmat Yang Esa??
Bukankah ia datang tanpa dipinta??
Hadir tanpa diduga??

CINTA bukan satu kesilapan....
Tapi tempat menguji ketakwaan,
Cintakah kita pada Yang Esa atau....
Melangit pada yang tak kekal?
Samaada kita hamba...
Pada CINTA atau PENCIPTA...

CINTA bukan satu kesilapan
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan,
Kenapa cinta dipersalahkan?
Tatkala ia dinodai...
Bukan salah cinta itu...tapi diri!!!
Sebab tak di bina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketakwaan...

CINTA bukan satu kesilapan
Tapi tapak penyubur iman,
Kerana...tak sempurna iman seseorang itu
Jika ia tak mengasihi saudaranya
Seperti mana ia mengasihi dirinya..

CINTA bukan satu kesilapan...
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang?
CINTA itu luas maknanya...

CINTA ibu membawa ke syurga
CINTA keluarga membawa bahagia
CINTA pada kerajinan membawa kejayaan
CINTA pada buku dicurahkan ilmu
CINTA pada sahabat mendapat berkat
CINTA pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
CINTA pada Allah kebahagiaan yang hakiki

TAPI...
Memang CINTA itu satu kesilapan!!!
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari Yang Esa
Jika ia mengalpakan diri...

Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadamkan cahaya ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran
KhalidNya
Jika ia menjadikan kita hambanya...
Maka seharusnya CINTA itu kau jauhi
DAN...
MEMANG IA MERUPAKAN
SATU KESILAPAN!!!

Saturday, May 21, 2011

Cinta Itu...



Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

-Artikel iluvislam.com