"Anda cipta kata-kata hebat, supaya anda boleh berbangga dengannya"... Saya lupa ini kata siapa, tapi sudah cukup untuk direnungi bersama~




Saturday, May 21, 2011

Cinta Itu...



Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

-Artikel iluvislam.com

Monday, May 16, 2011

Bersangka-Sangka



Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kpd Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya…

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal MEMUSNAHKAN UKHWAH
Seperti musnahnya kayu dimakan api…

Tiap satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

Usah lupa firman Allah Taala..
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [Surah al-Hujurat 48: 12]

Kelapa Atau Mutiara

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang.

PERTAMA,
kamu menjadi seperti KELAPA,
mudah diperoleh,
diparut...diperah,
dan diambil santannya,
selepas itu hampasnya dibuang.

KEDUA,
kamu menjadi sebutir MUTIARA,
berada di dasar lautan,
tersimpan rapi,
dilindungi kulit,
bukan senang nak lihat,
apatah lagi mendapatkannya,
hanya orang yang bertuah,
berusaha menyelami dasar lautan,
dapat memperolehnya,
harganya mahal sekali,
dan ia akan tersimpan selamanya.

Oleh itu...
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA.

Di sebalik SANTAN,
menjadi penyedap makanan,
diperah segala kenikmatan,
dengan mudah jatuh menjadi titisan,
akhirnya habis kari dimakan,
pulut panggang sisi habis ditelan,
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan,
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang,
orang tak kenang jasa SANTAN.

MUTIARA,
tertanam di dasar paling dalam,
sukar andai mengharap jadi perhatian,
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh,
namun kiranya ditemui insan,
akan menjadi PERMATA HIASAN,
terletak tinggi di cincin idaman,
atau di leher nan jinjang,
atau di lengan menawan,
makin lama MUTIARA tertanam,
makin tinggi nilainya.

Maka...
pilihlah sendiri...

Menjadi SANTAN,
mudah jadi perhatian,
tapi hanya sebentar jadi santapan,
kemudian hilang segala nikmat dan pujian.

Menjadi MUTIARA,
sukar ditemukan,
namun bila dihias indah gadis rupawan,
hilang ia,
tangisan mengiringi zaman.

*Sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa.~ =)

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi ALLAH. Sebaliknya di situlah kasih dan sayang ALLAH...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada ALLAH. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Hati


Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!



Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu.~

-Artikel iluvislam.com

Wednesday, May 11, 2011

Wanita...


Wanita...

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri.

Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.
Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.

Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya' (perasaan malu).

Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...

Iktibar Dari Semalu



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.