"Anda cipta kata-kata hebat, supaya anda boleh berbangga dengannya"... Saya lupa ini kata siapa, tapi sudah cukup untuk direnungi bersama~




Friday, November 25, 2011

Bunga-Bunga Zina


Enam "bunga-bunga zina" ini semestinya kita elakkan sama-sekali sebelum anda terjebak dalam zina.

1) MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

2) SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

4) HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." - [Al-Israa':32]

~ Mutiara Kata ~



Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga ALLAH , tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya.. Kerana Allah begitu mencintainya..Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang yang lebih banyak menyakiti kita''

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk di jaganya..

Hargailah kesempatan yang diberi oleh Allah..

''Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan kita ketika kita rasa berdosa melakukannya''

Hijrahku kerana ALLAH

"Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yang cerah, janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi. Yang menghitungku, bukan kamu, bukan juga aku. Tetapi ALLAH..

Moga amalanku sebagai MUJAHIDAH yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para MUNAFIQ dan RIAK..

Akulah HAMBA, yang faqir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb.. Kurniakan aku jiwa yang ampuh IMANnya. REDHA-Mu adalah IMPIANku."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

p/s:
✿ܓ..Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang Muslimah/Muslim yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..
Berusaha MENDIDIK diri menjadi Muslimah/Muslim yang baik PERLU diteruskan TANPA mengenal erti penat apatah lagi jemu..
Tinggalkan masa lalu yang perit itu.. Jadikan ia satu PENGAJARAN dan bukannya satu PENYESALAN yang berpanjangan.. InsyaAllah..
Allah Sentiasa Bersama Hamba-NYA Yang Ingin Membuat Kebaikan..✿ܓ