"Anda cipta kata-kata hebat, supaya anda boleh berbangga dengannya"... Saya lupa ini kata siapa, tapi sudah cukup untuk direnungi bersama~




Friday, September 17, 2010

Sunday, September 12, 2010

Wahai Teman, Beri Aku Peringatan

Berilah peringatan,
Buat aku yang selalu dalam kealpaan,

Kejutkanlah diriku,
Daripada lamunan kesilapan,
Kerana suatu peringatan,
Nasihat, panduan serta teguran,
Amat berguna kepada insan yang beriman,

Beri peringatan,
Untukku dan untuk semua,
Agar ku tak tersasar,
Dalam mengejar impian,

Alami luahan,
Isi hatiku...

Alamilah rasa,
Di jiwaku ini...

Alami suasana,
Irama hatiku yang syahdu,
Agar kau memahami,
Rahsia yang terpendam di kalbu,

Selamilah diriku...
Yang sesungguhnya,
Amat perlukanmu,
OH TEMANKU~

Tuesday, September 7, 2010

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

BY: EdCoustic

Sunday, September 5, 2010

Hargailah

Hargailah apa yang kamu miliki sekarang,
Kerana ramai dari kita tidak tahu menghargai sehinggalah ia hilang dari pandangan...

"Ada dua titis airmata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis airmata itu menyapa airmata yang kedua...

"Saya adalah airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu?"

Jawab titis airmata yang kedua, "Saya airmata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja..."



RINDU BELUM BERHENTI- Dhiya Zafira [Terbitan Alaf 21]